Pembekal Baju Renang Muslimah Pertama Di Brunei

Salam Semua,

Syukur Alhamdullillah, kini Syarikat kami telah dapat membekalkan Baju Renang Muslimah dan kami sangat berbangga kerana Syarikat kami merupakan pembekal yang pertama di Negara Brunei Darussalam. Dan setakat ini, sambutan mengenai Baju Renang Muslimah ini atau lebih dikenali dengan Muslimah Swimsuit adalah sangat menggalakkan dan semakin popular. Terima Kasih di atas sambutan yang sangat menggalakkan dari masyarakat kitani. Diharap dengan adanya sokongan dari pihak-pihak tertentu dan masyarakat di Negara ini, misi dan visi Syarikat kami iaitu untuk mencapai pembinaan Muslimah Sejati akan tercapai, Amin!

20% Off On All Items

20% Off On All Items

Harga Promosi 20%

CEPAT! JUALAN MURAH! Mulai 15hb Mei hingga 30hb Jun 2010 ini, Madiannah Enterprise mengadakan harga promosi sempena menyambut ulang tahun pertama penubuhan Syarikat kami. Semua barang yang ada dalam stok kami akan kami turunkan serendah 20% dari harga pasaran. Untuk mengetahui harga promosi sila lihat di bawah dan untuk mendapatkan barang kami sila mengunjungi wakil kami J-Nature Boutique & Tailoring di Incubator Unit 11, Sekolah Perdagangan, Spg. 347, Jalan Pasar Baru, Gadong. Cepat selagi stok masih ada.

Baju Renang Muslimah Di Business School

Baju Renang Muslimah Di Business School
J-Nature Boutique & Tailoring

Baju Renang Muslimah Di Business School Gadong

Alhamdullillah, sekali lagi, pihak Madiannah Enterprise telah membuat ikatan perusahaan dengan sebuah Syarikat perintis yang ditubuhkan atas usaha Kerajaan KDYMM melalui Sekolah Perdagangan yang terletak di Gadong. Syarikat yang kami maksudkan ini ialah JNature Boutique and Tailoring yang dimiliki oleh Dyg Julieanna Haji Noralimin. Ada beberapa contoh baju renang muslimah yang dipamerkan di sini dan biskita juga boleh membuat pesanan langsung dari sini. Untuk melihat lebih dekat produk tersebut bolehlah berkunjung ke Incubator Unit. 11, Sekolah Perdagangan, Spg. 347, Jalan Pasar Baharu Gadong.

Waktu Perniagaan :
Isnin hingga Khamis & Sabtu : 9.30pgi to 5.30ptg

Jika ingin berjumpa di luar waktu perniagaan sila buat perjanjian dengan Dyg. Julieanna di talian : 8665246

Pesanan Online Dihentikan Sementara

Untuk makluman, buat masa ini, pihak kami tidak menerima pesanan melalui online, biskita boleh lah berkunjung ke pengedar kami sahaja seperti :

1. JNature Boutique And Tailoring Di Incubator Unit 11, Sekolah Perdagangan, Spg 347, Jalan Pasar Baru, Gadong.

Untuk makluman juga, corak bagi Baju Renang Muslimah ini akan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

Stok Kehabisan Di Orbit Supermarket

Untuk makluman, barang kami di Orbit Supermarket sudah kehabisan stok. Insya Allah, akan kami update dengan desain terbaru dalam waktu yang terdekat ini.

Membina Muslimah Sejati

Untuk membina ketulusan dalam pemeliharaan diri kita sebagai para Muslimah sejati adalah satu perjuangan yang benar-benar memerlukan ketahanan jiwa dan mental. Kestabilan emosi merupakan satu keperluan yang harus diambil kira dalam kehidupan sehari-hari. Ujian serta cobaan hidup haruslah ditempuh dengan penuh ketabahan. Bagaimana cara kita untuk menyesuaikan diri di era dunia yang serba moden yang memerlukan kaum Muslimah untuk bersosialisasi untuk memajukan ekonomi diri terutama keluarga. Banyak hal yang kita lupa dan terlepas pandang. Agama Islam memang tidak pernah melarang kita untuk bersosialisai, namun ada batas-batas tertenu yang harus diambil kira, salah satunya ialah dengan memelihara aurat kita. Memang banyak yang harus kita perhatikan sebagai seorang wanita Islam, dan ini adalah wajib diambil kira demi masa depan yang sempurna dan agar apa yang kita usahakan itu mendapat keredhaan dari Allah Subhana Wata'ala jua.

Madiannah Ent. ditubuhkan atas dasar untuk membuka minda masyarakat kitani khususnya di Negara Brunei Darussalam dalam hal kepentingan membina diri Muslimah yang sebenar dan sejati. Maka dengan ini tujuan utama kami ialah untuk menyediakan keperluan harian para Muslimah (Wanita Islam) khususnya dalam berpakaian dan beraksesori mengikut lunas-lunas yang diajarkan oleh agama Islam yang sejati. Agar kehidupan kitani mendapat Keberkatan dan Rahmat dari Allah Subhana Wata'ala jua. Amin!




RIYADAH RENANG

Berenang merupakan satu aktiviti yang boleh menyihatkan badan. Memang ramai yang tidak tahu faedah dan khasiat dalam aktiviti renang. Di antara faedahnya adalah :

1. Menurunkan lemak dalam badan
2. Melancarkan pernafasan
3. Mengurangkan tekanan darah tinggi
4. Mengawal dan melancarkan peredaran darah
5. Menghilangkan tekanan atau stress
6. Membantu melegakan urat-urat bagi ibu yang
mengandung

Tapi ramai di kalangan para wanita yang tidak pernah mengambil kira hal ini dan ada di antara mereka tidak mahu melakukan aktiviti ini oleh sebab malu dan ada juga sesetengahnya menganggap aktiviti ini bukanlah untuk para wanita muslimah. Fikiran ini adalah salah dan tidak benar, malah para wanita muslimah boleh melakukan aktiviti ini asalkan mengikut cara-cara atau kaedah yang tertentu contohnya dengan menggunakan pakaian yang sesuai untuk aktiviti ini iaitu dengan menggunakan pakaian renang muslimah yang direka khas untuk para muslimah dengan menutup semua anggota badan yang tertentu khususnya aurat wanita.

Dengan menggunakan pakaian renang ini, mudahlah para muslimah untuk menjalankan riyadah renang tanpa ragu dan was-was lagi.

Maka dengan ini, Madiannah Enterprise ada menawarkan beberapa jenis Pakaian Renang Muslimah dengan bermacam corak dan warna termasuk kanak-kanak dan dewasa.

Ada terdapat 3 jenis Baju Renang yang ditawarkan :

1. Jenis Sambung/Fixed (F)
2. Jenis Pisah Atas Bawah (AB)
3. Jenis Pisah Terusan/Overall (OA)

Berikut adalah contoh-contoh pakaian renang tersebut mengikut jenis-jenisnya :

Harga Promosi

Harga Promosi

Modal Atas Bawah (AB) Remaja

Modal Atas Bawah (AB) Remaja yang ada dalam stok kami adalah seperti berikut :

Modal Overall (OA) Dewasa

Modal Overall (OA) Dewasa yang ada dalam stok kami ketika ini adalah seperti berikut :

Modal Atas Bawah (AB) Dewasa

Modal Atas Bawah (AB) bagi Dewasa yang ada dalam stok kami ketika ini adalah seperti berikut :

Modal Fixed Dewasa

Modal Fixed bagi dewasa yang ada dalam stok kami adalah seperti berikut :


"Now Everyone Can Swim"

Dengan moto "Now Everyone Can Swim" atau "Sekarang Semua Boleh Berenang" merupakan satu kebanggaan bagi Syarikat kami kerana dapat membantu masyarakat khususnya para Muslimah di tanah air untuk menceburi aktiviti yang mungkin selama ini diidam-idamkan. Walaubagaimanapun kita sebagai Muslimah haruslah menjaga tatasusila dan sopan-santun dalam menjalankan aktiviti tersebut agar tidak terlepas dari landasan dan lunas-lunas Agama kitani iaitu Islam yang sejati. Semoga para Muslimah mendapat manfaat dari apa yang kami usahakan ini. Wassalam.

Template by:
Free Blog Templates